Wednesday, April 17, 2019

Day 2 : Trip Kota Kinabalu-Kundasang 4H3M

Seawal jam 4.30 pagi kami sudah memulakan perjalanan ke Kundasang. Kereta kami sewa untuk sehari sahaja. Kebanyakan yang menawarkan khidmat kereta sewa ni pada aku semua boleh dirunding. Sebelum close deal cubalah untuk minta kurang harga. Tapi janganlah sampai memaksa. Kalau dapat harga Rm120-Rm140 untuk bezza okey sudah tu.

Kami sewa dengan https://www.facebook.com/StormCarRentalSabah. Rm130/hari. Kereta bersih dan selesa sangat.
Kunci kami dapat dalam pukul 11.00pm hari pertama. Maka 11.00pm hari kedua tu kami dah kena pulangkan semula kunci. Since solat subuh awal disini, kami singgah solat subuh di Petrol Pump otw ke Kundasang. Jalan pun tak sibuk sangat. Niat dihati mahu tidur sahaja di dalam kereta, tapi tak jadi sebab terlampau teruja. Hehe.

Ikutkan perancangan, mahu melihat matahari terbit di Sosodikon Hill. Tapi apakan daya, belum lagi sampai, langit pun sudah cerah. Jadinya kami singgah di Peranggi View Point untuk menikmati pemandangan. Masya allah cantik sungguh view di situ. Selain tu kalau korang nak membuang air besar ke, kecil ke sesuai la singgah disini sebab ada toilet. 

Singgah di Peranggi View Point untuk melepas hajat. Tak sangka view pon cantik Subhanallah.
Ms Rara the Bombolini master. Sesiapa yang nak follow kelas buat donut Bombolini boleh pm di bawah. Nanti aku maklumkan pada tuan punya badan. Hehe.
Kalau lah ini di KL tiap-tiap minggu aku pergi 
Kami

Lepas dah puas hati menikmati pemandangan, kami pun berlalu ke destinasi yang mahu dituju. Tapi perut dah berkeroncong minta diisi sesuatu. Maka kami pun singgah di Restoran Panataran. Makanan nya sedap juga. Harga bersesuaian dengan portion yang diberi. View dari restoran pun indah sangat-sangat. Hill view gitu. Cuaca pun sejuk. Mana nak dapat kat bandar KL. Hehe. 

Mee Kolo. Harga dah tak ingat tapi banyak portion dia. Hilang lapar makan ni. Cili pun ada disediakan untuk adjust kepedasan mengikut citarasa masing-masing.

Pemandangan dari restoran. MasyaAllah.
Kami meneruskan perjalanan ke Sosodikon Hill. Perut pun dah kenyang. Hati pun dah riang. Sepanjang perjalanan di kawasan ni kami tutup air-cond dan buka tingkap sebab nak menikmati udara fresh. Memang banyak bukit bukau disini. Kehijauan bukit bukau ni buat aku ralit. Untung betul penduduk disini. 

Sampai disini matahari dah naik. Walaupun cuaca dah panas tapi angin dia sejuk. 

Laluan menuju ke Sosodikon Hill.
Tak lama pun masa yang diambil untuk sampai kepuncak Bukit Sosodikon ni. Dalam 10minit macam tu dah boleh sampai dah. Tapi disebabkan laluan nak naik atas tu laluan dia sangat-sangat cantik jadi banyak kali lah kami berhenti untuk tangkap gambar. Hehe. Untuk pengetahuan anda kalau nak hike ke sini kena bayar yuran masuk. Tak mahal pun, Rm3 sahaja. 

Kaki Bukit Sosodikon
Laluan ke puncak

Seterusnya kami menuju ke Desa Dairy Farm. Tak jauh pun dari Sosodikon Hill. Dalam 15 minit perjalanan dah sampai ke sini. Orang kata tempat ni ialah little New Zealand. Yuran untuk masuk ialah RM5/seorang. Parking ada didalam. Masuk-masuk je dah terpesona dengan view sekeliling. Memang jatuh cinta.

Depan pintu masuk.
Tak sah kalau tak acah-acah. Hahaha. Nasib baiklah ada bawa mini tripod. Dapatlah tangkap gambar berempat tanpa menyusahkan orang lain. 
Sejujurnya masuk sini lebih kepada nak tengok view dan makan aiskrim je. Hahaha. Kami tengok juga lembu di barn tapi sebab kan bau terlalu kuat jadi kami tak dapat nak tahan lama disana. 
Fresh betul rasa susu ni. Alahai. Teringat sudah. 
Tengah mencari sudut yang terbaik untuk tangkap gambar.
Disebabkan dah kenyang minum susu dan makan aiskrim, kami pun terus bergerak ke Tamparuli tanpa singgah makan tengah hari. Masa ni dah pukul 1.00 pm lebih. Aku memang teringin sangat-sangat nak tengok Jambatan Gantung Tamparuli ini. Sebabnya masa di bangku sekolah rendah dulu, dalam kelas muzik kami selalu menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli. 


Kalau jumpa papan tanda ni dah betul la tu lokasinya
Akhirnya, inilah dia jambatan nya. 
Jambatan Tamparuli ini juga sudah mengalami beberapa penambahbaikan dari masa ke semasa. Dikatakan pada tahun 1930an jambatan yang lama selalu musnah akibat banjir. Oleh itu, pada suatu hari seorang gadis telah dikorbankan kerana dipercayai roh sungai tidak tenang dan marah dengan pembinaan jambatan disitu. Maka selepas itu tiada lagi episod jambatan roboh. Sedih pula rasa. 

Selepas puas bergambar, kami menuju pulang. Kami sempat singgah di Gerai Kelapa Bakar Kak Tini untuk makan Lokan Bakar dan Puding Kelapa yang popular disana. Memang sedap Puding Kelapa dia. Lokan bakar pun sedap. Tapi Ila tak suka pula Lokan ni. Akak aku dan Kak Ijah pun tak berapa layan. So aku pun makan la sorang-sorang. Habis satu dulang aku makan. Hehe. Sedap tau.


Inilah kedainya. Kalau nak pergi ada di area Salut Commercial Center. Banyak kedai-kedai disini jual menu yang sama. So kalau rajin boleh try kedai lain juga selain kedai Kak Tini ni.  Ni link Google Maps yang aku pakai hari tu. 
Puding Kelapa dia the best. Dah la tengah panas masa tu. Puding ni pulak sejuk. Haih teringat pula. 
Lokan Bakar. Sejujurnya Lokan ni rasa dia hampir tasteless. Yang buat dia sedap ialah perapan dan air cicah yang dihidangkan. Aku tak tahu kedai lain punya cicahan & perapan tu sedap ke tak, tapi dekat kedai Kak Tini ni memang sedap. Satu dulang ni RM15.00.
Perut pun dah kenyang maka kami terus balik ke hotel untuk segarkan badan dan solat. Pada waktu malam pula kami ke Dataran Todak untuk menikmati makanan laut di sana. Rancangan awal nak ke Pasar Malam Filipin untuk makan seafood tapi baca review ada yang kata kena cirit birit. Jadi kami tukar plan ke Dataran Todak pula. Tak kurang hebat suasana disini. Meriah juga. 

Geram tengok seafood dekat situ. Rasa nak ambil semua je. Hehe. Dekat sini semua peniaga berebut nak tawan hati pembeli. Kami pun jadi keliru nak makan di mana. Nak jalan ronda-ronda pun susah sikit sebab sikit-sikit kena tahan dengan penjual yang promot gerai mereka. Pening juga kepala sebenarnya. 
Kedai kami makan pun lupa dah namanya. Tapi aku rasa kedai lain pun lebih kurang sahaja masakan. Cuma harga kena pandai menawarlah. Macam kami ni, kami minta tawar ala kadar sahaja. Hehe. Tapi rasa murah juga sebab semua juadah dalam gambar ni dalam RM133 sahaja termasuk air. Menu yang kami makan ialah Kerapu 3 Rasa, Kerang Bakar, Sotong Celup Tepung, Ketam Telur Masin, Udang Buttermilk dan Latok.
Pertama kali makan Latok. Sedap juga. Latok ialah sejenis rumpai laut. 
Selesai makan, kami pun bersiar-siar sebentar menaiki kereta di kawasan berdekatan. Oleh kerana rasa mengantuk dan perlu mengembalikan kereta pada pukul 11.00 malam kami pun meluncur laju ke kawasan hotel. Sampai di hotel sempat juga kami menikmati urutan kaki di dataran pasar malam berhampiran sementara menunggu tuan kereta sampai.

Tamatlah hari yang kedua. Masing-masing keletihan. Aku pula tidak sabar menanti esok sebab teruja nak buat aktiviti island hopping. Keterujaan tu lebih kepada nak mandi air laut yang jernih kehijauan itu sebenarnya. Sebab selalu nampak dalam gambar je. Kali ini barulah berpeluang nak tengok depan mata. Hehe. Later akan update aktiviti untuk hari ketiga pula. Bye.

Sunday, April 14, 2019

Day 1 : Trip Kota Kinabalu-Kundasang 4H3M

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku jejakkan kaki di bumi Sabah. Sejujurnya, ini merupakan kali pertama aku ke Sabah. Punya la lama duk usha harga tiket murah-murah sebab tak mampu nak beli yang mahal-mahal, akhirnya dapat juga la yang berharga around Rm300++ untuk return tiket.

Di bawah, aku lampirkan perbelanjaan basic aku ke sana. Bagi aku perbelanjaan ini consider murah juga la since aku habiskan around Rm600++ macam tu sahaja(diulang perbelanjaan basic,haha). Oh ya, group trip aku kali ni berempat. Jadi banyak juga penjimatan yang dapat kami dapat lakukan.


Jadi dari sini kita dah boleh bajet kan berapa yang mahu dihabiskan untuk makan, cenderamata dan sebagainya. Hotel Iskandar yang kami inap itu biasa-biasa sahaja. Bilik pon tak besar, tapi tidur masih lena. Hehe. Jika ada rezeki lebih boleh lah menginap di hotel yang lebih baik dari ini.

Berikut merupakan aktiviti kami pada hari pertama. Hari pertama tak dapat nak buat aktiviti banyak pun. Sebab sampai KK pon dah malam. Jadi kami jalan-jalan sekitar hotel sahaja.

1700 Berlepas ke BKI.
1930 Sampai ke BKI. Took Grab to Hotel Iskandar.
2000 Arrived Hotel Iskandar. Check in, refreshing and solat.
2100 Visit nearby pasar malam. Having dinner at Islamic Restaurant and Hotel.
2200 Sleep.

Ok lah. Bye for now. Hehe. Btw aku ada baca di blog lain lagi murah perbelanjaan mereka. Jadi sebelum pergi adalah lebih baik untuk buat research dahulu. Macam aku yang kurang ilmu ni, banyak juga blog aku baca untuk ambil ilham.

Update : Hari Kedua-Melawat Kundasang


Geng-geng gegadis travel. Hehehe

Me with my sisthor. Ni kiranya "me time" for her la. Hehe.

Dapat juga duduk tepi tingkap. Best.


Ni nama dia Roti Cobra. Terkejut I tengok kat menu namanya. Tapi sedap . Boleh pilih nak kuah apa. Aku pilih kuah kari kambing. Pergh memang sedap. Ni kat kedai Islamic Restaurant and Hotel tu.