Wednesday, March 6, 2019

Life as It Is

Hidup ni susah. Tapi nak mati pon susah jugak. Anyway dah lama rupanya aku tinggal blog ni. Haha. Bukan apa, zaman sekarang ni bila dah ada smartphone, leka betul. Balik je rumah terus baring. Bukak fon sampai lah ngantuk. Kadang-kadang solat pon dihujung waktu. Haish.

You know, I dreamed of having a good life. Well balanced between career,relationship, financial, etc. Thats my dream and until now it just remained there, as a dream. Haha. Sekarang umur aku 26 tahun. But still i didn't feel like I have achieve anything yet.

Right now aku dah ada kerja aku sendiri, tapi tu lah, gaji takdelah tinggi. Biasa-biasa sahaja. Tolak dengan komitmen aku semua maka tinggal lah aku Rm100-300 untuk survive. Duit tulah yang aku guna untuk makan dan isi minyak motor aku. Aku gemuk, aku habiskan most of duit aku untuk makan sebelum ni. Aku pun tak ada simpanan langsung. Sebelum ni menyimpan tapi lepas tu aku keluarkan balik sebab nak enjoy.

Tahun ni aku start keluar dari zon selesa aku sikit demi sedikit. Aku pun fikir sampai bila aku nak hidup macam ni. Sampai bila rutin aku nak sama je setiap hari. Aku pulak recently dipindahkan tempat kerja atas arahan management. Kecewa tu memang ada la, sebab sebelum ni jarak aku pergi tempat kerja dalam 10km je. Sekarang kena duduk site jd 30km. Patah pinggang rasa. Haha. Sebab aku ade motor je.

So dengan motor aku tu aku ulang alik setiap hari dari tempat kerja ke rumah. Maka duit minyak pun bertambah. Sampai satu point aku rasa aku kena buat something. So lepas fikir punya fikir aku pun buatlah kerja part-time job housekeeping untuk hari Sabtu & Ahad. Dalam sebulan tu aku boleh dapat dalam Rm 300-400. Makan pun pihak hotel tanggung. Alhamdulillah. Maka lega lah aku di situ.

Cuma tulah, banyak benda yang aku perlu korbankan buat masa ni. No more lepak-lepak, Dulu lepas kerja je aku pergi follow kawan aku karoke la, lepak mamak la. Bila fikir-fikir balik ala menyesalnya leburkan duit pada benda yang tak penting. Usia dah meningkat tapi simpanan masih tiada. Harap-harap tahun ni aku dapat achieve goal aku untuk menyimpan duit. Susah dan mencabar juga sebenarnya bagi insan seperti aku ni yang dah terbiasa menghabiskan duit sesuka hati. Hoho.

Selain daripada tu, aku juga dah mula nak fit kan badan. Ini secara tak sengaja sebenarnya. Matlamat aku sebenarnya nak berjimat. Disebabkan aku banyak habiskan wang pada makanan, so aku pun cut short bajet aku di situ. Isnin hingga Jumaat aku akan  berpuasa. Sabtu hingga Ahad pula aku makan di dewan makan tempat aku buat part-time tu. Dalam sebulan aku cuma spend duit makan dalam Rm100 macam tu.

Paling penting bermula 2019 ni aku berazam nak buat perkara-perkara yang membahagiakan aku sahaja. Aku nak avoid perkara-perkara yang boleh buat aku stress. Tahun lepas memang tahun yang amat mencabar bagi aku terutama dalam alam pekerjaan dan persahabatan. Asyik berlinang air mata je. Haha. Bila fikir-fikir balik lawak pula rasa. Start tahun ni aku dah slow-slow tinggalkan semua perkara-perkara toxic and toxic friendship too. Alhamdulillah, otak aku rasa ringan sekarang.

Setakat ni, ini sahajalah coretan dari aku. Till we meet again in the next post. Assalamualaikum.

Nak cakap aku ni suka main badminton. Hihihi

Bila bersukan pon stress jadi hilang. Tak pecaya sila cuba.