Saturday, November 5, 2016

Pengalaman di Fuga Village, Pengkalan Balak Melaka

Dek kerana dah lama plan nak pergi cuti-cuti dengan Ila, and plan asyik tak jadi je dan terpaksa ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka akhirnya kami dapat jugak curi peluang pada 23/7/2016. Plan pergi Melaka je sebab paling dekat hehehe.

Dapat pergi 2 hari 1 malam je. Sabtu dengan Ahad. Yang tak bestnya hari Sabtu tu aku ade interview dekat Puchong. Dapat tahu pon dalam hari Jumaat tu. Sampai-sampai je dekat tempat interview tu, fuhh orang punye la ramai. Huhuhu. Dari pukul 8 pagi gerak dari Putrajaya, aku sampai dekat Fuga Village dalam pukul 5petang macam tu tak silap. Sebab interview pun selesai dalam pukul 2 petang and plus dengan kitorang punye kesesatan sekali. Hewhewhew. 

Sampai-sampai je dekat Fuga, fuhh, Masya Allah, aku terus jatuh cinta. Tempat dia kecik tapiiii privacy giler! Sesuai untuk orang-orang yang nak lari dari hiruk pikuk bandar. Lepas tu dekat dengan pantai lagi. Jalan kaki je. Fuga Village dipagari dengan pagar buluh which is bagi aku sangat-sangat cantik. Serius jatuh cinta. Tu belum bab masuk bilik dia lagi tu. 

Lepas je dapat kunci, kami terus pergi cari bilik kami. Kami book chalet. Dia ada villa jugak, lupa dah nama chalet dan villa dia. Chalet tu kecik,ada satu bedroom. Boleh muat dua orang macam tu ja. Manakala villa dia pulak besar, aku tengok dari luar, villa tu ada dua tingkat. Villa tu jugak ada dua bilik. So untuk grouping punya vacation sesuai la tu. 

Masuk je bilik aku, haa terus jatuh cinta lagi. Bagi aku bilik tu cantik sangat konsep dia. Ala-ala macam rumah kampung pon ada sebab tingkap kayu. Overall, aku rasa macam tak puas enjoy dekat situ sebab kejap sangat. Tak sampai 24 jam pon hehe. Ahad tu pulak dah check-out. Ila cakap nanti next time nak pegi lagi situ. Hehehe.

Tempat parking kereta disediakan

Pintu masuk ke Fuga Village

Ni kat depan bilik kami

Niat di hati nak tunjuk gambo bilik tapi semua macam kualiti tak memuaskan je gambo2 nye hehe

Image result for fuga village
Haa, ni jelas sikit gambarnye, sumber dari Agoda

Dinding dalam chalet

Swimming pool die, depan chalet kami je, bole la kalau nak mandi mande dalam 5-6 orang seklai sesi kalau taknak bersesak la, hehe,

Haa ni bilik mandi chalet kami tu, aku takde gambo full tandas ni, so ni amik dari facebook Fuga Village tu je.

Suka gile bambo fence die ni, hurm terinspirasi pulak nak buat pagar rumah mak macam ni. Haha.

Chalet tu harga die bwah Rm200 satu malam. Takde breakfast. Breakfast kene cari seniri haha. Tandas die takde bumbung tau. Aku gasak je mandi walaupun kejap-kejap pandang atas, haha, sebab risau2 ade orang ngintai. Tapi takde pon. Hehe, 

Tapi aku sarankan kalau nak stay sini better stay lebih dari satu malam la, sebab takdela jadi macam aku ni, tak puas lagi enjoy situ dah nak kene gerak. Huwaa. Nak buat macam mana hari isnin koje haha. And plus time nak check-in hari tu, owner Fuga tu yang uruskan kami tak silap. Nama die Peter. Baik je orangnye hehe.  Okey nanti nak repeat lagi sini. Wee



No comments:

Post a Comment